Monday 13 January 2014

Salam Maulidur Rasul

Alhamdulilah..

Syukur ke hadrat illahi masih dipanjangkan umur..

12 Rabiulawal / 20 April 571M adalah satu detik penting dalam Islam, dimana kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan di dalam Al-Quran Ya Karim menyatakan kelahiran baginda membawa rahmat ke seluruh alam dan merupakan Rasullulah bagi seluruh umat di dunia.

Nabi Muhammad S.A.W adalah satu anugerah yang dikurnaikan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia di dunia untuk menunjukkan jalan yang benar lagi lurus. 

Sesungguhnya Baginda adalah insan terpilih dikalangan yang terbaik. Semoga kita dapat menghayati pengorbanan baginda dalam menegakkan islam dan meningkatkan rasa kecintaan kita terhadap Nabi Muhammad S.A.W..

Perbanyakkanlah Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W tanda ingatan dan cinta kita..Sesungguhnya banyak kelebihan yang akan kita perolehi.






Kelebihan Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

1. Sabda Rasullulah S.A.W : Barangsiapa yang berselawat keatasku, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatsnya 10 kali ganda (HR Muslim).

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap selesai menunaikan solat fardu.

3. Sesiapa yang amalkan membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilagkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

4. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, in sya Allah akan dikurnaikan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

5. Sesiap yang berselawat 41 kali sehari, In sya Allah akan dhindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalm diri. 


Salam Maulidur Rasul 1435H dari saya Fadhilah @ vitaGreen2u..












No comments:

Post a Comment