Thursday 16 January 2014

Testimoni Nutriferon. Panas dari Ladang..Hehe..

Ok untuk entri kali ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman @ testimoni menggunakan produk Shaklee – Nutriferon. Testimoni itu adalah datangnya dari saya dan keluarga saya sendiri..

Nutriferon Shaklee


Sebelum kita pukul canang kat semua orang mesti la kita sendiri kena menggunakan produk tu dulu kan..Baru lah rasa berkeyakinan untuk kongsi dengan orang lain sebab kita sudah rasa sendiri kebaikkan yang kita dapat.

Perkongsian ini ada benar apa yang saya dan keluarga alami.Tiada rekaan dan tambahan. Kita kena la jujur kan, kalau tak mana nak berkat usaha kita.. iyo ke idak..hehe..

Sejujurnya sejak mengambil Nutriferon saya dan keluarga jarang atau boleh katakan tidak lagi mengambil panadol bila demam.. yelah klau ambil panadol banyak2 takut pulak bagi kesan untuk jangka masa pajang kat badan kita..Panadol kan ubatan jenis sintetik, lama-lama boleh effect buah pinggang kita..

So bila rasa nak demam je, saya akan cepat-cepat makan Nutriferon. Sama macam suami saya, bila tengok dia nak demam, mula dengan selsema terus saya bagi dia makan Nutriferon dan Vit C. Alhamdulilah bila bangun keesokkan pagi badan segar je tak rasa nak demam..Semua ini dengan izin Allah ya..Bukan semata-mata makan Nutriferon dan Vit C kita terus sihat.

Sebab apa, di entri yang lepas saya ada bagi tahu badan kita dilindungi oleh sistem imun, tapi kalau sistem imun kita diserang oleh virus mula la badan rasa nak demam dan sebagainya.


Nutriferon Shaklee


Apabila imun kita sudah lemah, dengan pengambilan Nutriferon dan kalau nak lagi power ambil sekali SR Vita C akan mengukuhkan balik sistem pertahanan/imun kita terhadap virus-virus jahat tu. Sebab itu la bila rasa nak demam cepat-cepat telan Nutriferon untuk memastikan sistem pertahanan badan kita kembali kuat untuk berjuang melawan virus-virus itu..

Suami saya selalu juga ditugaskan untuk kerja luar negeri. Sebagai isteri mesti kita risau suami kita kat negara orang kan. Kita tak tahu cuaca macam mana, persekitaran macam mana, makanan bersih ke tak. Untuk persediaan saya akan bekalkan suami saya dengan supplement Shaklee. Yang wajib mestilah Nutriferon and Vitamin C.

Baru-baru ni suami saya ditugaskan ke New Delhi, India. Seperti yang kita tahu, disana cara hidup dorang sedikit kotor dan berhabuk. Untuk pengetahuan suami saya adalah sorang yang senang kena selsema, batuk dan demam. Antibodi dia kurang sikit. Sejak mengambil supplement Shaklee, alhamdulilah syukur kesihatan dia bertambah ok.

Bila dapat tahu dia nak ke india mula resah gelisah la kan hati ni. Seminggu sebelum dia nak pergi saya suruh dia makan Nutriferon selang 2 hari. Smpai je kat India saya suruh dia makan setiap hari..Tapi almaklum la, lelaki ni kalau tak suruh memang tak makan..Mahal katanya, nak demam nanti baru makan..Adeh sakit je telinga dengar kan..Apa lagi sesi membebel bermula la.Baru la nak makan..hehe..


Nutriferon Shaklee


Kawan-kawan yang pergi sana balik mesti demam sebab tak biasa dengan keadaan disana yang berdebu, habuk dan air kurang bersih. Mungkin sudah biasa dengan keadaan di Malaysia, so pergi tempat macam tu mungkin badan terkejut. Sistem imun pun tak cukup kuat nak melawan virus-virus kat sana kot.

Alhamdulilah selama 2minggu suami saya berada di New Delhi, kesihatan dia ok. Tak kena selsema, demam mahupun batuk walaupun cuaca disana ketika itu sejuk. Suami saya kalah dengan sejuk2 ni.. Almaklum la badan kecik..

Majoriti kawan and team yang pergi dengan dia mengalami batuk dan demam bila balik ke Malaysia. Syukur Alhamdulilah suami saya sihat sepanjang di India dan kembali ke Malaysia.

So lepas dari tu Nutriferon and Vit C memang wajib ada kat rumah and bawak kemana-mana especially pergi holiday. Kalau holiday demam kan dah spoil mood kita.

Sebenarnya banyak lagi yang saya nak kongsi kan tentang kelebihan Nutriferon ni, tapi di lain entri saya akan sambung ya.

Berminat untuk mendapatkan Nutriferon Shaklee atau produk-produk Shaklee yang lain, sila hubungi saya seperti cara dibawah :-



Pengedar Shaklee


Nutriferon Shaklee



Nutriferon Shaklee


Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo adalah individu pertama yang menjumpai interferon pada tahun 1954.


Didalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hydrophobia (penyakit anjing gila), herpes, HIV dan lain-lain. Selain itu, interferon juga terbukti berkesan melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.

Nutrifeon Shaklee


Dr. Yasuhiko Kojima telah membuat kajian selama hampir 40 tahun dan semakan semula keatas beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan. Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia (Nutriferon). 4 bahan penting & utama yang telah dikenal pasti oleh Dr. Kojima yang terdapat didalam Nutriferon Shaklee adalah ekstrak dari 4 tumbuhan :-

-          Merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh
-          Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser

-          Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun

-          Menentang pencerobohan virus dan kuman

-          Menghasilkan dan memperkuatkan keupayaan makrofaj
-          Memusnahkan virus dan kuman


Nutriferon Shaklee


Formula yang Dr. Kojima gunakan adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Penemuan dan rekaanya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Nutriferon adalah satu Formula Eksklusif dan telah di Paten oleh Shaklee dimana ia tidak dijual dikedai-kedai biasa. Nutriferon ini hanya boleh didapati melalui Shaklee sahaja..

Hah hebat tak hebat produk-produk Shaklee ni. Bukan calang-calang produk tau Shaklee ni. Orang kat luar sana yang belum merasai keberkesanan produk Shaklee boleh dapatkan dan cuba sendiri baru tau keberkesanan produk Shaklee.  In sya Allah.

Sebelum ni saya ada berkongsi tentang set immune booster / pertahanan badan ( Nutriferon, Vita C, Garlic & Zinc). Anda boleh membaca di SINI. Badan kita ada satu sistem pertahanan yang dipanggil sistem imun. Sistem imun ini kadang kala mengalami masalah/ sakit apabila diserang virus, kuman dan mikrob.



Nutriferon Shaklee


Seperti yang kita tahu, tubuh badan kita sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob melalui pernafasan (penghawa dngin, gas buangan, asap, virus diudara dan habuk), berjabat tangan, sentuhan dengan objek (perabut, habuk hama pada selimut, pengangkutan awam, peluh dan air), makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja kita dan lain-lain.

Apabila badan kita terlalu banyak diserang oleh kuman dan mikrob pada satu-satu masa, terutama sekali apabila tubuh badan kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, terganggu tidur, atau jangkitan selsema, batuk, alergi, asma, eczema, jerawat dan banyak lagi.

Sehubungan dengan itu, apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan tubuh badan kita dapat bertahan dan cukup kuat untuk melawan kuman dan mikrob. Sudah pasti dengan pengambilan supplement dan didalam kes ni pengambilan interferon untuk memastikan tubuh badan kita dapat menentang segala kuman dan mikrob.

Nutriferon Shaklee banyak kebaikkan dan manfaat terutama sekali dalam menguatkan sistem imun badan kita terhadap serangan kuman, virus dan mikrob. Diantara kebaikkan dan manfaat Nutriferon adalah :-

- Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari.

- Melawan Kanser & Tumor.

- Melindungi tubuh badan dari influenza.

- Meredakan stress dan kelesuan.

- Melambatkan penuaan.

- Melegakan kesakitan PMS.

Jadi apa tunggu lagi, banyak kelebihan dan manfaat Nutriferon Shaklee untuk kesihatan kita. Dengan pengambilan yang konsisten in sya Allah dapat mempertingkatkan sistem imun kita terhadap serangan-serangan kuman, virus dan mikrob. Badan akan lebih sihat dan susah untuk demam dan selsema (pengalaman sendiri).

Berminat untuk mendapatkan Nutriferon Shaklee atau produk-produk Shaklee yang lain, sila hubungi saya seperti cara dibawah :-




Pengedar Shaklee

Monday 13 January 2014

Salam Maulidur Rasul

Alhamdulilah..

Syukur ke hadrat illahi masih dipanjangkan umur..

12 Rabiulawal / 20 April 571M adalah satu detik penting dalam Islam, dimana kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan di dalam Al-Quran Ya Karim menyatakan kelahiran baginda membawa rahmat ke seluruh alam dan merupakan Rasullulah bagi seluruh umat di dunia.

Nabi Muhammad S.A.W adalah satu anugerah yang dikurnaikan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia di dunia untuk menunjukkan jalan yang benar lagi lurus. 

Sesungguhnya Baginda adalah insan terpilih dikalangan yang terbaik. Semoga kita dapat menghayati pengorbanan baginda dalam menegakkan islam dan meningkatkan rasa kecintaan kita terhadap Nabi Muhammad S.A.W..

Perbanyakkanlah Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W tanda ingatan dan cinta kita..Sesungguhnya banyak kelebihan yang akan kita perolehi.






Kelebihan Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

1. Sabda Rasullulah S.A.W : Barangsiapa yang berselawat keatasku, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatsnya 10 kali ganda (HR Muslim).

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap selesai menunaikan solat fardu.

3. Sesiapa yang amalkan membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilagkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

4. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, in sya Allah akan dikurnaikan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

5. Sesiap yang berselawat 41 kali sehari, In sya Allah akan dhindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalm diri. 


Salam Maulidur Rasul 1435H dari saya Fadhilah @ vitaGreen2u..












Set Immune Booster / Pertahanan Badan Shaklee yang Meletop.

Assalamualikum and Salam Sejahtera..

Seperti yang kita ketahui zaman sekarang kita mudah mendapat penyakit seperti demam, selsema, batuk dan lebih teruk lagi kanser dan lain-lain penyakit kronik lagi.. Ya benar segala sakit pening kita datangnya dari Allah s.w.t.. Tapi bagaimana penyakit-penyakit itu datang.. Dari :-

Gaya hidup – Tidak mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan tinggal di persekitaran yang tidak bersih.


Set Immune Booster Shaklee


Pemakanan – Makan makanan tidak berkhasiat, makanan segera dan juga tidak cukup nutrisi dalam makanan.



Set Immune Booster Shaklee

Tidak ada sorang pun yang terlepas dari sakit sepanjang kita hidup di dunia ini, tetapi kita boleh mencegah dari merawat.

Seiring dengan tuntutan dalam Islam dan saya rasa semua agama, menjaga kesihatan diri adalah kepentingan utama bagi semua individu.

Individu yang sihat ialah individu yang sejahtera serta seimbang jasmani dan rohaninya serta sentiasa aktif dalam meningkatkan kualiti hidup semaksima mungkin dan dapat beribadah kepadaNya dengan lebih sempurna.

Allah telah jadikan kita sebaik-baik kejadian di dunia ini, lengkap dan sempurna. Bagi melindugi kita dari serangan penyakit yang menyebabkan kita sakit, Allah telah menganugerahkan kita dengan satu sistem yang canggih dan menakjubkan iaitu sistem perlindugan badan.

Set Immune Booster Shaklee

Sistem perlindungan ini dikenali sebagai Sistem imun yang dicipta dapat melindungi diri kita dari serangan penyakit, bakteria, virus, parasit yang sentiasa mencari peluang menyerang tubuh badan.

Untuk memastikan kita kekal sihat, kita perlu menjaga sistem imun dan menurut pakar perubatan salah satu cara untuk membolehkan sistem imun melindungi kita ialah dengan cara menjaga kesihatan dengan mengambil makanan tambahan bagi memastikan badan kekal sihat dan dapat berfungsi pada tahap terbaik.

Sistem imun bekerja 24jam setiap hari tanpa henti..Ada ketika, sistem imun kita terganggu akibat dari :-
   
   ü  Pola hidup yang tidak sihat
   ü  Gangguan metabolism
   ü  Tekanan (stress)
   ü  Pengaruh ubat yang berlebihan
   ü  Faktor genetik

Untuk membantu anda di luar sana dapat memastikan sistem imun kita berada ditahap yang terbaik bagi menghalang serangan virus dan penyakit, Set Immune Booster/ Pertahanan Badan Shaklee in sya Allah dapat membantu.


Nutriferon

SR Vitamin C

Zinc Complex

Garlic

Set Immune Booster


Nutriferon

ü  Mengukuhkan sistem Imun
ü  Melindungi dari influenza
ü  Meringankan Stress dan Kelesuan
ü  Mengurangkan infeksi pesakit-pesakit Hepatitis B & C

Sustain Release Vita C 500 mg

ü  Peningkatan sistem imun
ü  Memerangi kanser
ü  Memperbaiki Insomnia

Garlic

ü  Menghalang alergi
ü  Mempertigkatkan sistem penghadaman

Zinc Complex

ü  Mempertingkatkan sistem imun


Siapa yang memerlukan Set Immune Booster/ Pertahanan Badan Shaklee ini :-
  
  ü  Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  ü  Individu yang mengalami masalah sistem imun
  ü  Individu yang sering demam, selsema dan akan berpanjangan selama seminggu
  ü  Ibu menyusu, namun mendapat anaknya masih kerap demam dan berpanjangan


Sekiranya anda rasa tidak perlu mengambil makanan tambahan untuk kekal sihat sepanjang hayat, fikirkan semula. Sila semak statistik mereka yang mendapat penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser dan diabetes. Ia memberi kita petunjuk bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengenai amalan permakanan kita.


Berminat mendapatkan Set Immune Booster/Pertahanan Badan Shaklee

Hubungi saya di salruran berikut:-

Pengedar Shaklee



Rujukan :



Wednesday 20 November 2013

Bertukar dari Kimia Sintetik ke Sumber Semulajadi..VIVIX Shaklee Terhebat..

Assalamualaikum semua..

Sekarang ni memang trend orang-orang yg sudah berumur mengambil ubat-ubatan hospital secara berterusan seperti ubat jantung, darah tinggi, kencing manis, dan mcm2 lagi..tak payah tengok jauh-jauh, mak ayah kita sendiri pun kebanyakkannya mcm tu lah..asyik la usung ke hulu ke hilir bekas-bekas ubat kalau pergi ke mana2..kadang2 smpai 5, 6 jenis ubat kena makan setiap hari ikut jadual..tp apakan daya, mmg itulah lumrahnya kalau sudah ada penyakit..tiada cara lain lg selain ambil ubat dari hospital untuk tahan sakit..

Tapi..betul ke sudah tidak ada cara lain..?

Benar, memang ubat hospital ni sangat membantu dalam meredakan penyakit..tapi agak2 smpai bila kita nak tengok mak ayah kita telan ubat-ubat ni smpai penuh bahan kimia dalam badan..dan dalam jangka masa panjang akanmengalami kegagalan buah pinggang, atau kita juga nk buat benda yg sama bila sudah berumur nanti..?

Mungkin kita sudah boleh fikirkan cara lain untuk gantikan bahan2 kimia sintetik yang penuh dalam ubat2 hospital ni kepada sumber-sumber semulajadi..Bukan maksud saya untuk tidak langsung mengambil ubat hospital..tapi kalau boleh dikurangkan mungkin lebih elok untuk jangka masa panjang..Bagi yang sudah ada penyakit jangan la berhenti sesuka hati tanpa dapatkan nasihat doktor..tapi apa yang kita boleh buat untuk bantu mak dan ayah kita ialah dengan membeli supplement semulajadi untuk membantu mengurangkan penyakit mereka..in sya Allah berkat kuasa Nya mana tau lepas pengambilan supplement mereka tak perlu mengambil ubat-ubat hospital atau doktor boleh mengurangkan dos-dos ubatan..

Shaklee adalah pembekal supplement semulajadi no 1 di Amerika Syarikat..dan sekarang fenomena Shaklee ada dimana-mana. Selama tempoh 5 dekat, syarikat Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia..

Shaklee sentiasa menjamin keberkesanan produk-produk nya dengan pelaburan lebih dari USD300 juta dilaburkan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Setelah bertahun-tahun kajian dibuat oleh Shaklee, mereka mengeluarkan satu supplement, bagi saya antara supplement yang terbaik dari ladang...apa tu???

Haaaa VIVIX la... Apa tu??

Kencing Manis

VIVIX adalah produk Shaklee yang berbentuk cecair (liquid) yang mengandugi ribuan antioxidant dalam nya..Banyak kebaikan VIVIX Shaklee yang kita boleh dapat..antaranya ialah

- Tonic ajaib anti penuaan
- Baik untuk pesakit Kencing manis (menurunkan kadar gula dalam darah)
- Kanser
- Stabilkan tekanan darah tinggi
- Masalah kelesuan
- Sakit sendi/otot ( Testimoni sendiri, selepas menggunakan VIVIX selama 1minggu, back pain yang teruk       Alhamdulilah dengan kuasaNya, saya kembali sihat)

Dan banyak lagi kelebihan dan kebaikan VIVIX Shaklee..

Sekarang ini, mak saya penghidap kencing manis dan kolestrol tinggi, juga mengambil VIVIX..

Belum smpai sebulan penggunaan gula turun ke 9 sebelum ni belas2..in sya Allah dengan pengambilan beterusan dan jika diizikan Allah mak akan bebas dari Kencing manis.in sya Allah..(Mak saya doakan mak)

Jadi apa tunggu lagi,,jom hadiahkan VIVIX Shaklee untuk orang-orang yang anda sayang..

Sempena promosi bulan November 2013, harga VIVIX terlajak murah dari harga biasa...

Hubungi saya untuk mendapatkan keterangan lanjut

vitaGreen2u   014-3262464, vitagreen2u@gmail.com