Ok untuk entri kali ini saya akan
berkongsi sedikit pengalaman @ testimoni menggunakan produk Shaklee –
Nutriferon. Testimoni itu adalah datangnya dari saya dan keluarga saya
sendiri..
Sebelum kita pukul canang kat
semua orang mesti la kita sendiri kena menggunakan produk tu dulu kan..Baru lah
rasa berkeyakinan untuk kongsi dengan orang lain sebab kita sudah rasa sendiri
kebaikkan yang kita dapat.
Perkongsian ini ada benar apa
yang saya dan keluarga alami.Tiada rekaan dan tambahan. Kita kena la jujur kan,
kalau tak mana nak berkat usaha kita.. iyo ke idak..hehe..
Sejujurnya sejak mengambil
Nutriferon saya dan keluarga jarang atau boleh katakan tidak lagi mengambil
panadol bila demam.. yelah klau ambil panadol banyak2 takut pulak bagi kesan
untuk jangka masa pajang kat badan kita..Panadol kan ubatan jenis sintetik,
lama-lama boleh effect buah pinggang kita..
So bila rasa nak demam je, saya
akan cepat-cepat makan Nutriferon. Sama macam suami saya, bila tengok dia nak
demam, mula dengan selsema terus saya bagi dia makan Nutriferon dan Vit C. Alhamdulilah
bila bangun keesokkan pagi badan segar je tak rasa nak demam..Semua ini dengan
izin Allah ya..Bukan semata-mata makan Nutriferon dan Vit C kita terus sihat.
Sebab apa, di entri yang lepas
saya ada bagi tahu badan kita dilindungi oleh sistem imun, tapi kalau sistem
imun kita diserang oleh virus mula la badan rasa nak demam dan sebagainya.
Apabila imun kita sudah lemah,
dengan pengambilan Nutriferon dan kalau nak lagi power ambil sekali SR Vita C
akan mengukuhkan balik sistem pertahanan/imun kita terhadap virus-virus jahat
tu. Sebab itu la bila rasa nak demam cepat-cepat telan Nutriferon untuk
memastikan sistem pertahanan badan kita kembali kuat untuk berjuang melawan
virus-virus itu..
Suami saya selalu juga ditugaskan
untuk kerja luar negeri. Sebagai isteri mesti kita risau suami kita kat negara
orang kan. Kita tak tahu cuaca macam mana, persekitaran macam mana, makanan
bersih ke tak. Untuk persediaan saya akan bekalkan suami saya dengan
supplement Shaklee. Yang wajib mestilah Nutriferon and Vitamin C.
Baru-baru ni suami saya
ditugaskan ke New Delhi, India. Seperti yang kita tahu, disana cara hidup
dorang sedikit kotor dan berhabuk. Untuk pengetahuan suami saya adalah sorang yang
senang kena selsema, batuk dan demam. Antibodi dia kurang sikit. Sejak
mengambil supplement Shaklee, alhamdulilah syukur kesihatan dia bertambah ok.
Bila dapat tahu dia nak ke india
mula resah gelisah la kan hati ni. Seminggu sebelum dia nak pergi saya suruh
dia makan Nutriferon selang 2 hari. Smpai je kat India saya suruh dia makan setiap hari..Tapi almaklum la, lelaki ni kalau tak suruh memang tak makan..Mahal
katanya, nak demam nanti baru makan..Adeh sakit je telinga dengar kan..Apa lagi
sesi membebel bermula la.Baru la nak makan..hehe..
Kawan-kawan yang pergi sana balik
mesti demam sebab tak biasa dengan keadaan disana yang berdebu, habuk dan air
kurang bersih. Mungkin sudah biasa dengan keadaan di Malaysia, so pergi tempat
macam tu mungkin badan terkejut. Sistem imun pun tak cukup kuat nak melawan
virus-virus kat sana kot.
Alhamdulilah selama 2minggu suami
saya berada di New Delhi, kesihatan dia ok. Tak kena selsema, demam mahupun
batuk walaupun cuaca disana ketika itu sejuk. Suami saya kalah dengan sejuk2
ni.. Almaklum la badan kecik..
Majoriti kawan and team yang
pergi dengan dia mengalami batuk dan demam bila balik ke Malaysia. Syukur
Alhamdulilah suami saya sihat sepanjang di India dan kembali ke Malaysia.
So lepas dari tu Nutriferon and
Vit C memang wajib ada kat rumah and bawak kemana-mana especially pergi holiday.
Kalau holiday demam kan dah spoil mood kita.
Sebenarnya banyak lagi yang saya
nak kongsi kan tentang kelebihan Nutriferon ni, tapi di lain entri saya akan
sambung ya.
Berminat untuk mendapatkan
Nutriferon Shaklee atau produk-produk Shaklee yang lain, sila hubungi saya
seperti cara dibawah :-
No comments:
Post a Comment